Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

27 November 2010

kata-kata pujangga 4~~

  • Kata-kata Pujangga: “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.”
  • Kata-kata Pujangga: “Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit.”
  • Kata-kata Pujangga: “Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangankau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!”
  •  Kata-kata Pujangga: “Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam,walaupun lautan itu tidak bergelora.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia yang berakalsentiasa memikirkan perkara yang berfaedah.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?” 
  • Kata-kata Pujangga: “Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.”
  •  Kata-kata Pujangga: “Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat”
  • Kata-kata Pujangga: “Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.”
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang merekamiliki.”
  • Kata-kata Pujangga: “Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.”
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.” 
  • Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALASadalah racun yang sangat berbisa.”
  •  “Do what you can with what you have right whereyou are.” - Henry Truman.
  • Kata-kata Pujangga: “Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya.” Berkata seorang Ahli Sufi : “Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya.” 
  • It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary 
  • Kata-kata Pujangga: ” Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yangboleh menghalangnya berdoa?” 
  • Berkata Ar-Rumi: “Manusia dilahirkan dengankemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kemenangan bermula dari dalam diri.” 
  • Ibnu Mu’taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidupwalaupun ia telah mati. 
  • Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia dilahirkan sebagai seorangjuara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidakbangun semula.”
  • Berkata Abu Sulaiman: “Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra.”

1 comment:

TABUAN MELAYU THE LAGEND said...

SUKE SANGAT KAT BLOG USTAZ NI.. CAMNER BUAT? LEH TUNJUK AJAR.. TERBAEKKK!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...