Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

18 November 2010

Hikmah Bersabar

Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa. Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak hikmahnya.

Pertama, dapat mengelakkan daripada penyakit. Jika kita tidak sabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana ia telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai maka kita pun tidak sabar dengan terus bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.

Kedua, dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat sikap kita yang sentiasa bersabar menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan mereka ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.

Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.

Keempat, amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas itu barulah kita merasakannya.

Kelima, kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita. Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu bersabar.

Walaupun pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang kita alami.

2 comments:

syafiqah said...

as-sobru minal iman... =)

ustaz hikmah said...

yup2 . kne la byk sabar~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...