Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

04 December 2011

DEFINISI SOLAT JEMAAH

DEFINISI SOLAT JEMAAH

Solat berjemaah bermaksud   solat  yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam.

Solat berjemaah ertinya  , solat beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum,itu sudah dikira mendapat pahala solat berjemaah. Hukumnya adalah fardu kifayah menurut Imam syafie dan sunat muakad menurut ulama-ulama dalam mazhab syafie ( Ashab Syafie ) dan imam malik dalam pendapat pertamanya. Manakala imam ahmad bin hanbal berpendapat, solat jemaah itu adalah fardu ain, sedangkan imam hanafi mengatakan wajib hukumnya.
Solat berjemaah ialah   solat yang didirikan oleh sekurang-kurangnya dua orang atau lebih, dan seorang daripada mereka ( yang lebih fasih bacaannya dan memahami serta mengetahui huum-hukum islam ) akan menjadi imam kepada yang lain,dan kedudukan tempat berdiri imam itu lebih kehadapan daripada yang lain.

1 comment:

budi said...

Assalamualaikum....
mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...