COUPLE ITU HARAM ! ! !
suda tentu lah . couple tu mmg haram . ada yg tak puas hati ? ?
oh , jgn . .
: : : : sedarkah kita , siapa diri kita , hanya insan bergelar manusia , sering alpa dan lupa , tidak sempurna jiwa dan raga , malah sering dipersenda . .
dimana saat paradigma diperkata , kesilapan sering menjelma , kesalahan dilakukan tidak kira siapa , malah tidak mngenal kepada siapa , sesama manusia , mahupun makhluk lain ciptaan-Nya .
yang halal kian di lupa , yang haram makin menggila , tentu ramai yang tertanya-tanya , apakah hukum org yang bercouple ?
kita sering menilai segala dari sudut berbeza , bangga dan ego menusuk di jiwa , kegelapan mula bermaharajalela , dimanakah penguasaan cahaya .
ingat lah seketika , apabila anda berdua , akan ada orang ketiga . bermula dengan berpandangan mata . kemudian mulalah brcengkerama .
uh ! apakah daya , ku mohon agar tidak ke lembah bahaya , ampun taubat dan maaf dipinta , kepada tuhan dan juga manusia , agar hidup lebih bermakna , didunia mahupun di perhitungan neraca , kerana yang berkuasa hanya Allah Yg Maha Esa . . .
Sebelum tu , msti ada yang berkata Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan , lelaki dan perempuan , mengapa dan sbb apa tidak boleh bercinta atau ber’couple’ ? oh , yang tu memang tidak dinafikan , dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui .” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
meskipun mcm tu , ayat2 ni tak mnjelaskan yang kita boleh bercouple atau mngadakan prhubungan brkasih2 antara laki2 ngn pmpuan . x ada kan . kan . kan . lagi banyak larangan ada lah . sbb nya , semua bermula dgn mata . Firman Allah , “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30 . ayat ni mnjelaskan yg kita kena lah jaga pndangan dari melihat bnda2 yang trlarang . lagi2 mmndang wanita yang bukan mhram sbb nya utk mnjaga nafsu . yang ni dituju khas wat kaum adam atau lelaki .
Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman , “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31 . Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 . itu pun kalau ada pmbaca yg mngmbil subjek ni lah . Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menentang hubungan kasih2 dan couple mngcouple ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita . Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab ,”Kami tidak berzina . Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je .” Dan pelbagai 1000001 alasan lagi la . Para pembaca , sila teliti firman Allah tadi . Dalam ayat ini , Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan) . Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM ! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran . Bagaimana pula dengan hadis rasul kita , Nabi muhammad S.A.W. ? Dalam hadis , baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina . Daripada Abu Hurairah r.a katanya , Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina . Tidak mustahil dia pernah melakukannya . Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat , sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti .”* Hadis kedua ; Daripada Abu Hurairah r.a. , dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan . Tidak mustahil dia pernah melakukannya . Dua mata , zinanya memandang . Dua telinga , zinanya mendengar . Lidah , zinanya berkata . Tangan , zinanya memukul . Kaki , zinanya melangkah . Hati , zinanya ingin dan rindu , sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti .” ** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam , iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram . *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina . Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja , menatapi wajahnya , dan sebagainy a, zina mata berlak u. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis , untuk memenangi hati Si Dia , membuatkan Si Dia tertarik kepada kita , lidah berzina . Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya , telinga berzina . Apabila berpegangan tangan , berjalan bersama ke arah menghampiri zina , tangan dan kaki berzina . Tetapi, yang paling bahaya ialah , apabila kita merindui Si Dia , memikirkan-mikirkan tentangnya , keacantinkannya , ketampanannya , kemachoannya , sifat penyanyangnya , betapa kecintaannya kepada kita , zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera , hati boleh berzina . Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan , percakapan , pendengaran dan perasaan . Sudah terang lagikan bersuluh , percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina . Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja , menatapi wajahnya , dan sebagainy a, zina mata berlak u. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis , untuk memenangi hati Si Dia , membuatkan Si Dia tertarik kepada kita , lidah berzina . Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya , telinga berzina . Apabila berpegangan tangan , berjalan bersama ke arah menghampiri zina , tangan dan kaki berzina . Tetapi, yang paling bahaya ialah , apabila kita merindui Si Dia , memikirkan-mikirkan tentangnya , keacantinkannya , ketampanannya , kemachoannya , sifat penyanyangnya , betapa kecintaannya kepada kita , zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera , hati boleh berzina . Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan , percakapan , pendengaran dan perasaan . Sudah terang lagikan bersuluh , percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
dapat disimpulkan bahawa couple tu adalah mnghampiri zina . mnghampiri zina pulak adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM . sbb tu , jangan bermain dengan bahaya . Iblis dan syaitan akan memerangkap kita . Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran . Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus . Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa . Jangan pula lupa . Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa ? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W. : “ Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan .” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis .
No comments:
Post a Comment