Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

12 January 2013

PENGERTIAN NIKAH

PENGERTIAN NIKAH

Nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Dalam konteks lain akad perkahwinan juga ialah merupakan suatu proses ikatan yang kukuh di antara lelaki dengan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya diantara mereka. Akad perkahwinan juga ialah ikatan perjanjian antara suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun dan syarat tertentu.
 
     Konsep perkahwinan dalam Islam Dalam Islam,perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW yang mana merupakan suatu daripada tuntutan fitrah manusia.Kelebihan orang yang berkahwinan adalah mereka dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab. Mereka inilah merupakan hamba yang telah berjaya menjalankan amanah yang diberikan dengan sempurna,iaitu sebagai khalifah Allah yang menjalankan dan mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang lelaki merupakan ketua keluarga.Dia juga bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.Segala perbuatan yang telah dilakukan bertujuan untuk menjaga keperluan dan kesejahteraan keluarganya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah dalam usaha baginda untuk mengatasi masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat,seterusnya melahirkan individu serta masyarakat yang soleh.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perkahwinan adalah sunnahku,barangsiapa membenci sunnahku ,maka dia bukan dari golongan aku”

Allah SWT telah menciptakan manusia di atas suatu fitrah ingin hidup berpasangan,berkasih saying,bahagia serta dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui jalan yang halal.Maka fitrah tersebut dapat dilaksanakan melaui ikatan perkahwinan yang sah.

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

 “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...