Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

15 September 2012

PEMBAHAGIAN AKHLAK DALAM SIFAT ATAU DIRI.



PEMBAHAGIAN AKHLAK DALAM SIFAT ATAU DIRI.
Akhlak di bahagi menjadi kepada dua bahagian iaitu :
v  Akhlak Mulia, Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah)
v  Akhlak Buruk, Akhlak  Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah)


AKHLAK MULIA, AKHLAK YANG TERPUJI (AL-AKHLAKUL MAHMUDAH)
Ketahuilah,  diantara keutamaan akhlak mulia (Al-Akhlakul Mahmudah)  adalah :
            Pertama : Akhlak yang baik termasuk tanda kesempurnaan iman seseorang, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shohihul Jami’, No. 1241)
            Kedua : Dengan akhlak yang baik, seorang hamba akan boleh mencapai darjat orang-orang yang dekat dengan Allah Ta’ala, sebagaimana penjelasan Rasulullah S.A.W dalam sabda beliau: ”Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlaknya yang baik mampu mencapai darjat disisi Allah ialah orang yang berpuasa dan qiamullail.” (Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’, No. 1937)
            Ketiga : Akhlak yang baik mampu menambah berat amal kebaikan seorang hamba di hari kiamat, sebagaimana sabda Rasulullah : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat ketika diletakkan di timbangan amal (di hari akhir) selain akhlak yang baik.” (Shahihul Jami’, No. 5602)
            Keempat : Akhlak yang baik merupakan sebab yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga. Hal ini sebagaimana disabdakan Rasulullah ketika ditanya tentang apa yang bisa memasukkan manusia ke dalam surga. Beliau menjawab: “Bertakwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (Riyadhus Shalihin).
            Perbuatan baik atau buruk yang dilakukan seseorang tanpa ada hubungannya dengan akhlaknya atau tabiatnya adalah hanya bernilai perbuatan. Suatu ketika seorang yang akhlaknya buruk tanpa kesadaran akan makna baik buruk melakukan suatu perbuatan yang bernilai baik. Demikian juga seseorang yang sebenarnya akhlaknya baik, suatu ketika tanpa menyadari makna keburukan melakukan sesuatu yang bernilai buruk.. Perbuatan baik dan perbuatan buruk dari dua orang itu hanya bernilai sebagai perbuatan, tetapi tidak bermakna sebagai kebaikan atau kejahatan. Dilihat dari sudut agama, maka perbuatan itu tidak mendatangkan pahala dan dosa.
            Akhlak seorang hamba itu mampu mnjadi baik abila mengikuti jalan (sunnahnya) Nabi Muhammad, sebab bagindalah orang yang terbaik akhlaknya. Allah Ta’ala berfirman: (Al-Qalam: 4).
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿٤﴾
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia

Allah Ta’ala juga menegaskan: (Al-Ahzab: 21) :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

            Maka sudah selayaknya bagi setiap muslim mempelajari riwayat hidupnya dari setiap sisi kehidupan beliau (secara menyeluruh), yakni bagaimana baginda beradab dihadapan Rabbnya, kelurganya, sahabatnya dan terhadap orang-orang bukan muslim.
            Salah satu cara untuk mempelajari itu semua adalah sering duduk (bergaul) dengan orang-orang yang bertakwa. Sebab seseorang itu akan terpengaruh dengan teman duduknya. Nabi bersabda: “Seseorang itu dilihat dari agama teman dekatnya. Kerana itu lihatlah siapa teman dekatnya.”(HR Tirmidzi).
            Kemudian wajib juga bagi setiap muslim untuk menjauhi orang yang jelek akhlaknya. Mudah-mudahan dengan begitu kita termasuk hamba-hamba Allah yang menghiasi diri kita dengan akhlak yang baik.

Apa Yang Dimaksud Akhlak Yang Baik Itu ?
             “Akhlak yang baik diantaranya: menghormati, membantu dan menolong.”[1] Ibnul Mubarak berkata: “Akhlak yang baik adalah: “berwajah cerah, melakukan yang ma’ruf dan menahan kejelekan (gangguan).” Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Akhlak yang baik adalah jangan marah dan dengki.”
             “Sebahagian ulama berkata: Akhlak yang baik adalah menahan marah karena Allah, menampakkan wajah yang cerah berseri kecuali kepada ahlul bid’ah dan orang-orang yang banyak berdosa,[2] memaafkan orang yang salah kecuali dengan maksud untuk memberi pelajaran, melaksanakan hukuman (sesuai syari’at Islam) dan melindungi setiap muslim dan orang kafir yang terikat janji dengan orang Islam kecuali untuk mengingkari kemungkaran, mencegah kezaliman terhadap orang yang lemah tanpa melampaui batas.”(Iqadhul Himam, hal. 279)





Contoh Sifat Mahmudah:
Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin:
v  Taubat
Taubat iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
Firman Allah S.W.T:
۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰ ۙ وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٢٠﴾
(Surah Al – Muzammil - Ayat 20)
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Syarat-syarat taubat:
·         Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
·         Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
·         Berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
·         Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
·         Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
·         Menghidupkan jiwa yang resah karena dosa.
·         Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
·         Meningkatkan ketaqwaan diri.
·         Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
·         Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam hidup di dunia dan akhirat.


v  Khauf (takut)
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya
Firman Allah s.w.t.:
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

Maksudnya: Wahai Bani Israil![41] Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu[42], supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

[41]. Israil adalah sebutan bagi Nabi Ya'qub. Bani Israil adalah turunan Nabi Ya'qub; sekarang terkenal dengan bangsa Yahudi.
[42]. Janji Bani Israil kepada Tuhan ialah: bahwa mereka akan menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, serta beriman kepada Rasul-Rasul-nya di antaranya Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang tersebut di dalamTaurat. ”




v  Zuhud
Dunia adalah sebagai tempat berbuat kebaikan dan amal soleh untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
Allah berfirman:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ ﴿٢١٤﴾
( Al Baqarah 214)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


v  Sabar
Sabar iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
·         Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah
subhanahu wata‘ala ketika tertimpa musibah atau bencana.
·         Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
·         Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.
Allah berfirman:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾
(Al Baqarah 45)
Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

v  Syukur
Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah.

v  Ikhlas
Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan semata-mata karena Allah subhanahu wa ta’ala dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau menginginkan pujian manusia.

v  Tawakkal
Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah atas segala hal, yakin bahwa Allah adalah yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar yang sempurna.


Allah berfirman:
إِذْ هَمَّت طَّائِفَتَانِ مِنكُمْ أَن تَفْشَلَا وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٢٢﴾
(Ali 'Imran 122)
(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu[223] (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.
[223.] Yakni: ibnu Salamah dari suku Khazraj dan ibnu Haritsah dari suku Aus, keduanya dari barisan kaum muslimin.
v  Mahabbah (kasih sayang)
Cintailah manusia dengan apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri, niscaya engkau menjadi manusia yang paling adil
v  Redha
Ridha akan segala ketetapan Allah.
Allah berfirman:
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٥١﴾
(At Taubah 51)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

v  Dzikrul Maut (mengingat mati)
Senantiasa mengingat bahwa kematian itu pasti mendatangi masing-amsing dari kita.
Sebagai mahkluk ciptaan Allah, dan beragama Islam, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah dan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan bagi kita mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.
Sebagai seorang guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab bagi kita untuk mengajar anak-anak didik kita tentang nilai dan akhlak yang baik dan mulia bagi membentuk masyarakat madani selaras dengan konsep ‘Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur’.














AKHLAK BURUK, AKHLAK  TERCELA (AL-AHKLAKUL MAZMUMAH)
            Sebagaimana akhlak terpuji, akhlak tercela juga memiliki akar kemana satuan-satuannya dapat dikelompokkan. Jika akar perilaku manusia ada dalam pikiran dan jiwanya, maka akar penyakit akhlak tercela  juga akan selalu ada. dua akar penyakit akhlak buruk, atau akhlak tercela (Al-Ahlakul Mazmumah) iaitu :
Pertama, penyakit syubhat. Penyakit ini menimpa wilayah akal manusia, dimana kebenaran tidak menjadi jelas (samar) dan bercampur dengan kebatilan (talbis). Penyakit ini menghilangkan kemampuan dasar manusia memahami secara baik dan memilih secara tepat.
            Kedua, penyakit syahwat. Penyakit ini menimpa wilayah hati manusia, dimana dorongan kekuatan kejahatan dalam hatinya mengalahkan dorongan kekuatan kebaikan. Penyakit ini menghilangkan kemampuan dasar manusia untuk mengendalikan diri dan bertekad secara kuat.

Penjelasan dari  Penyakit Syhubhat
Lebih jauh lagi, penyakit syubhat sesungguhnya berkaitan dengan pemahaman dasar manusia dan struktur pemikirannya. Akarnya adalah ilmu yang belum sempurna dan mendalam bertemu dengan kecenderungan jiwa untuk menyimpang (zaeghun). Allah SWT berfirman dalam hal ini, (Ali Imran:7)

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٧﴾
Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" [183](yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" [184] (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
            [183] Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat dipahami dengan mudah.
            [184] Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyaabihaat: ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan arti mana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, surga, neraka dan lain-lain.

Kerana itu, akar penyakit ini dapat ditelusuri pada kemampuan dasar manusia dalam memahami; adanya kelemahan logik atau penyalahangunaan logik; ketidakmampuan memahami hakikat sesuatu secara benar; kesalahan metodologi dalam berfikir yang menyebabkan lahirnya kesimpulan yang juga salah; dan penyimpangan pemahaman keagamaan yang menyebabkan lahirnya bid’ah dan aliran sesat.
            Orang-orang yang menderita penyakit ini biasanya memiliki keberanian luar biasa terhadap Allah SWT (baca: kebenaran), kegemaran luar biasa untuk berdebat, dan sifat keras kepala dalam mempertahankan pendapat sendiri, sekalipun sesungguhnya ia tidak pernah memiliki keyakinan yang kuat dan selalu ragu dalam segala hal.
            Lawan dari penyakit ini adalah ilmu yang benar dan mendalam, yang kemudian menimbulkan keyakinan yang kuat yang tidak disertai keraguan. Pada akhirnya, penyakit syubhat ini melahirkan kekufuran, bid’ah, dan nifaq.


Penjelasan dari Penyakit Syahwat
            Adapun penyakit syahwat pada umumnya lahir dari lemahnya kehendak hati (iradatul khair) dalam hati seseorang, baik untuk melakukan kebaikan (positif) maupun untuk melawan dorongan kejahatan dalam dirinya. Sebagaimana contoh, Allah SWT berfirman tentang Adam as.  (Tha ha: 115)

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا ﴿١١٥﴾
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan [947]  kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

[947] pesanan Allah ini tersebut dalam( ayat 35 surat Al Baqarah).
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ ﴿٣٥﴾
Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok[37] ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.

[37] Pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.
            Dorongan-dorongan kejahatan itu sendiri pada dasarnya berasal dari nafsu manusia, yang sebahagiannya adalah keperluan dasar yang memberikan dinamik kehidupan kepada manusia. Nafsu seksual, misalnya, pada kadar tertentu diiperlukan untuk mempertahankan kelangsungan hidup umat manusia. Akan tetapi, ia menjadi kejahatan saat tuntutan pemuasannya menjadi berlebihan dan cara pemenuhannya keluar dari jalur syariah. Demikian pula nafsu berkuasa, misalnya, ia diperlukan untuk menciptakan kemampuan memimpin dan bermasyarakat dalam kehidupan manusia. Namun, jika kadarnya melampui batas yang natural dan cara pemenuhannya keluar dari jalur syariah, maka ia menjadi ancaman bagi kebaikan.
            Disamping itu, Ibnul Qayyim juga menjelaskan jenis syahwat yang kemudian menjadi akar dari semua bentuk dosa manusia. Adapun jenis syahwat itu adalah sebagai berikut:
           

Syahwat kekuasan, bererti bahawa dorongan berkuasa dalam diri seseorang begitu kuat sampai tingkat dimana ia mulai menyerap sebahagian dari sifat yang hanya layak dimiliki Allah SWT. Hal ini dimulai dari yang terkecil-senang dikagumi (sum’ah), senang disanjung di depannya (riya’), dan merasa puas diri (ghuhur), sampai pada yang hal yang besar-sombong, angkuh, jabarut, mengintimidasi, dan zalim. Syahwat inilah yang kemudian mendorong manusia sampai pada tingkat yang lebih jauh lagi, iaitu syirik. Inilah dosa yang membuat Fir’aun terlaknat.
            Syahwat hawa nafsu, bererti bahawa ada dorongan yang kuat dalam diri seseorang untuk menyerupai dalam berbagai bentuk perilaku dasarnya. Misalnya, memiliki sifat benci, dengki dan dendam, gemar menipu, membuat ulah dan makar, menyebarkan gosip, memfitnah, menyesatkan orang lain, dan semacamnya. Syahwat ini biasanya mempertemukan antara kecerdasan di satu sisi, dengan dorongan syaitan di sisi lain. Kerana itu, pelakunya cenderung licik dalam pergaulan.

Keburukan akhlak “Kelemahan Akal dan Jiwa”
            Demikianlah, kita melihat bahawa kedua penyakit itu, penyakit syubhat dan syahwat, sama bersumber dari kelemahan akal dan jiwa. Penyakit syubhat bersumber dari kelemahan akal sehingga penderitanya tidak memiliki ilmu dan keyakinan. Adapun penyakit syahwat bersumber dari kelemahan jiwa yang membuat penderitanya tidak memiliki kemauan yang kuat sampai pada tingkat azam (tekad). Perhatikanlah skema dibawah ini :
v  Kelemahan akal -> Kedangkalan ilmu -> Penyakit Syubhat
v  Kelemahan jiwa -> Kelemahan kemahuan -> Penyakit Syahwat



Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Didalam Hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
v  Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

v  Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

v  Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾
(Al-Falaq 5)
Maksudnya: Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
“Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh”
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah saw. pernah sakit yang agak parah, sehingga datanglah kepadanya dua malaikat, yang satu duduk di sebelah kepalanya dan yang satu lagi duduk di sebelah kakinya. Berkatalah malaikat yang berada di sebelah kakinya kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya: "Apa yang engkau lihat?" Ia berkata: "kena guna-guna." "Apa guna-guna itu?" "Guna-guna itu sihir." "Siapa yang membuat sihirnya?" Ia menjawab: "Labid bin al-A’syam Alyahudi yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan di sumur keluarga Si Anu di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah." Pada pagi hari Rasulullah saw. Mengutus Ammar bin Yasir dengan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu tampaklah airnya yang merah seperti pacar. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Kedua surah ini (Surah ke.113 dan 114) turun berkenaan dengan peristiwa itu. Setiap kali Rasulullah saw. mengucapkan satu ayat terbukalah simpulnya.
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab Halaílun Nubuwah dari al-Kalbi dari Abi Shalih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Keterangan:
Dalam kitab Bukhari terdapat syahid (penguat hadis) yang ceritanya seperti itu, tapi tidak menyebutkan sebab turunnya dua surah itu. Dalam riwayat lain ada syahid yang ceritanya seperti itu dan menyebutkan sebab turunnya kedua surah itu.
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum Yahudi membuatkan makanan bagi Rasulullah saw. Setelah makan makanan itu tiba-tiba Rasulullah sakit keras sehingga shahabat-shahabatnya mengira bahawa penyakit itu timbul dari perbuatan yahudi itu. Maka turunlah Jibril membawa surat ini (S. 113 dan 114) dan membacakan ta’udz. Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui shahabat-shahabatnya dalam keadaan sihat wal ‘afiat.
(Diriwayatkan oleh Abu Na’im dalam kitab al-Dalaildari Abu Jafar ar-Razi dari ar-Rabi bin Anas yang bersumber dari Anas bin Malik.)


v  Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
v  Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
v  Tidak sabar
 Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
v  Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
v  Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.


v  Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.












PERBEZAAN AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH.

Mahmudah
Skop Perbezaan
mazmumah
sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika
definisi
yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿٤﴾
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam:4).
dalil
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾
Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya
(Al-Falaq 5)
akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya
impak dan implikasi
pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.
Sabar, redha, syukur, tawakal, qanaah, zuhud, iffah, syaja’ah, taubat, muraqabah.
Contoh-contoh
Hasad dengki, ghibah, namimah, tajassus, munafiq, riak, ujub, takabur, marah, cinta harta/ kedekut.
Mendapat pahala dan ganjaran syurga diakhirat kelak
Balasan yang diterima
Mendapat dosa dan balasan neraka di khirat kelak







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...