Followers
30 May 2011
: : bisikan akal
yang tidur lewat
yang bangun awal
harus mempersiapkan diri
melangkah ke luar rumah
menyambungkan nafas
mengisikan kehidupan ini
yang terhimpit dibelit permasalahan
yang laju diterbangkan angin
aku berbisik kepada akal :
tidak mudah menjadi manusia
terkadang-kadang kita di rantai
terkadang memusnah diri sendiri
akal berkata kepadaku :
hanya yang teguh keimanan
bakal menjadi manusia bahagia
seperti dimaktubkan janji Tuhan
29 May 2011
: : sahabat ku ~
kau mampu membuatku tersenyum,
dikala kukesepian, dikala kukesusahan.
kau bukanlah seorang kawan, tapi kau insan yang bergelar Sahabat.
Sahabat…
kenangan indah yang kita lalui bersama, akan kuingati sentiasa.
kusedari akhirnya kita akan berpisah jua,
namun begitu percayahlah kau tetap di ingatanku.
Sahabat…
kenangan manis, pahit dalam hidup ini,
akan kuabadikan hingga ke akhir hayat.
aku akan sentiasa merindui senyumanmu.
Sahabat…
izinkan aku, meminta ampun dan sejuta kemaafan darimu,
di atas segala keterlanjuran kelakuan ku selama ini.
Sahabat…
kuucapkan ribuaan terima kasih di atas segala pengorbananmu.
aku sayang padamu kerana kau adalah sahabatku yang sejati.
Sahabat…
ku doakan semoga hidupmu dirahamtiNya selalu,
semoga kau berjaya di dunia dan akhirat.
ameen ya Allah ya Rahim.
:)
17 May 2011
: : exam ohhh exam~
peperiksaan untuk smester 2 sudah bermula . Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :
- Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
- Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
- Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
- Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
- Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
- Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
- Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
- Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
- Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
- Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
- Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
- Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
- Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
- Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
- Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
08 May 2011
: : WAHAI UMAT QURAN: HASSAN ALBANNA
(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman.
Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran.
Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan!
Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.
(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya.
Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya.
Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya.
Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar.
Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya.
Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka.
Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.
(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan.
Risalah dan Amanah ini adalah suci.
Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda.
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia.
Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.
(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!
Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya.
Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.
(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu.
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. J
alankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.
(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan.
Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki.
Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.
Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.
07 May 2011
: : warkah untuk hawa~
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
HASAD DENGKI MUENGHUKUM DIRI SENDIRI !
Orang yang paling derita jiwanya,orang hasad dengki
Sakit hati,derita,kecewa,marah,gelisah
Lihat saja orang lebih darinya,sakit hati
Ingin memgusahakan orang itu hilang nikmat darinya
Nikmat bertambah panda orang itu
Aduh! Marahnya meluap-luap,kecewanya bertambah parah
Lebih-lebih lagi ingin menjatuhkan atau merosakkan orang, dia pula yang terjatuh
Wah! Hatinya bertambah marah dan parah
Apabila orang makin berjaya,dia sebaliknya,hatinya semakin tidak tenang
Hilanglah ketenangan ,fikiran tidak menentu dan bercelaru
Semakin berjaya musuhnya,semakin derita dan kecewa jiwanya
Begitulah keburukan orang yang hasad dengki
Jiwanya tidak pernah tenang dan senang
Kalau pun Tuhan tidak menghukum
Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya
Janganlah menjadi orang yang hasad dengki
Akibatnya engkau menghukum diri sendirI
Subscribe to:
Posts (Atom)