Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

22 February 2011

: : The 100 : A Ranking of Most Influential Persons in History by Micheal H. Hart

The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History
oleh Michael H. Hart
1978

semua ini adalah mnurut pndapat michael hart . mgkin ada ksilapan atau pndangan yg salah apabila michael hart mnfsir . sy hnya skdr mmpost kn apa yg dtrima: :

Saya memilih Muhammad sebagai individu pertama  paling berpengaruh yang mengetuai senarai individu-individu yang berpengaruh dalam sejarah mungkin akan mengejutkan dan menimbulkan beberapa persoalan oleh pihak-pihak tertentu kerana dia, Muhammad merupakan satu-satunya individu dalam sejarah yang berjaya baik di peringkat agama dan sekular. Muhammad telah menubuhkan salah satu agama besar di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang sangat hebat. Walaupun telah tiga belas abad berlalu, pengaruhnya masih kuat dan meluas. Majoriti individu dalam buku ini mempunyai kelebihan kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam pusat-pusat peradaban. Tetapi, Muhammad lahir di suatu masa dan tempat di mana masyarakat pada waktu itu mundur dan tidak maju, jauh dari pusat pedagangan, seni dan pendidikan dan berdasarkan tradisi islam Muhammad adalah seorang yang buta huruf. Beliau menjadi anak yatim piatu pada umur enam tahun dan dibesarkan dalam suasana yang sederhana. Kedudukan ekonominya meningkat pada usia 25 tahun dan beliau berkahwin dengan seorang janda yang kaya. Namun demikian, apabila mencapai usia 40 tahun, ada indikasi luar bahawasanya beliau adalah seorang yang luar biasa. Kebanyakan orang arab pada waktu itu adalah orang-orang kafir yang percaya kepada banyak tuhan. Pada zaman itu juga terdapat minoriti golongan Yahudi dan Nasrani dan daripada mereka Muhammad dapat mengetahui bahawa wujudnya satu tuhan yang memerintah seluruh alam semesta. Dan pada usia 40 tahun, Muhammad yakin bahawa tuhan ini (Allah) telah berbicara dengannya dan telah memilihnya untuk menyebarkan iman yang benar. Selama tiga tahun Muhammad hanya menyebarkan mengenai Islam kepada teman dan sahabat yang karib sahaja. Dalam sekitar 613M beliau menyebarkan secara terbuka kepada masyarakat. Pada waktu Muhammad mula mendapat pengikut-pengikut, maka pihak Quraisy Makkah mula menganggap beliau sebagai satu ancaman kepada mereka. Pada 622M, khuatir atas keselamatannya, beliau lari ke Madinah (sebuah kota sekitar 200 batu utara Makkah), di mana beliau telah diberikan tawaran kedudukan politik yang kukuh. Pelarian ini yang dikenali sebagai hijrah merupakan titik penentuan hidup beliau. Di Makkah beliau mempunyai beberapa pengikut. Di Madinah, pengikutnya lebih ramai dan tidak lama kemudian beliau mendapat pengaruh yang menjadikan beliau sebagai seorang diktator. Beberapa tahun kemudian, ketika pengaruh dan pengikut beliau semakin kuat dan ramai, beberapa siri pertempuran telah berlaku antara Makkah dan Madinah. Hal ini berakhir pada tahun 630M dengan kemenangan pada pihak Muhammad sebagai penakluk. Pada akhir hidup beliau, dalam 2 dan satu setengah tahun, berlakunya perubahan mendadak suku-suku Arab kepada Islam.

Ketika kewafatan baginda pada 632M, beliau merupakan seorang penguasa yang paling agung dalam Selatan Arab. Masyarakat suku Badwi arab mempunyai reputasi sebagai askar yang gagah. Oleh kerana jumlah mereka yang kecil dan juga perpecahan di antara mereka, mereka tidak setanding dengan kerajaan di utara yang lebih besar. Namun mereka telah disatukan oleh Muhammad untuk pertama kalinya dalam sejarah, dan diinspirasikan oleh keyakinan yang kuat pada Allah, tentera arab yang kecil ini, memulakan salah satu siri penaklukan yang menakjubkan dalam sejarah manusia. Kea rah timur laut Arab, terletaknya Neo Parsi, daripada empayar Sassanid, di barat laut terletaknya Byzantine atau empayar Rom timur berpusat di Konstantinopel. Secara jumlahnya orang arab tidak setanding dengan lawan mereka. Walau bagaimanapun di medan pertempuran, orang arab dengan mudahnya dapat menawan seluruh Mesopotamia, Syria dan palestin. Pada tahun 642M, mesir telah dirampas daripada empayar Byzantine, sedangkan tentera Parsi telah ditumpaskan ketika perang di Qadisiya pada 637M dan Nehavend pada 642M. Walaupun penaklukan-penaklukan yang hebat ini dilakukan di bawah kepimpinan para sahabat yang rapat dengan Muhammad dan para tabiin, Ali, Abu Bakar dan Umar ibn Al Khattab, tidak menandakan berakhirnya kemaraan mereka. Pada 711M, tentera arab telah menguasai sepenuhnya merentasi Afrika Utara ke Lautan Atlantik. Di sana, mereka menuju ke utara dan menyeberangi selat Gibraltar, dan menumpaskan kerajaan Visigothic di Sepanyol.

Buat seketika, ia seolah-olah Muslims pada waktu itu akan menyaingi Kristian Eropah.  Tetapi pada 732M, pada pertempuran terkenal, Tours, tentera Islam yang menuju ke pusat Perancis, ditumpaskan oleh kaum Frank. Kaum Badwi Arab, yang diinspirasikan oleh kata-kata Muhammad telah membina sebuat empayar yang meluas daripada perbatasan India hingga ke Lautan Atlantik, sebuah empayar yang terbesar yang tidak pernah ada pada waktu itu. Dan di mana jua mereka menakluk, disusuli dengan penerimaan agama Islam. Tetapi tidak semua penaklukan tersebut tidak kekal. Meskipun rakyat Parsi tetap setia kepada agama Muhammad, mereka telah mendapat kembali kemerdekaan mereka daripada kaum Arab. Dan di Sepanyol, setelah hampir tujuh abad peperangan akhirnya menyaksikan bahawa orang-orang Kristian menawan kembali seluruh semenanjung Sepanyol. Walau bagaimanapun, Mesapotamia dan Mesir, punca peradaban kuno, tetap kekal sebagai negara Islam dan juga seluruh pantai Afrika Utara. Agama baru ini terus tersebar jauh daripada sempadan negara taklukan Islam. Pada ketika ini, Islam memiliki puluhan juta pengikut di Afrika, Asia tengah, bahkan lebih ramai di Pakistan dan utara India dan juga indonesia. Di Indonesia, agama baru ini menjadi faktor penyatuan bangsa. Walau bagaimanapun, di benua India, konflik antara Muslim dan Hindu masih menjadi halangan besar penyatuan mereka.

Kemudian, bagaimana ingin menilai kesan Muhammad pada keseluruhan sejarah peradaban manusia? Seperti semua agama, Islam memberikan pengaruh yang sangat kuat kepada kehidupan pengikutnya. Disebab faktor inilah para pengasas agama yang paling berpengaruh menjadi tokoh yang menonjol dalam buku ini. Walaupun jumlah Kristian dua kali ganda lebih ramai daripada Muslim, anehnya Muhammad dilihat berkedudukan lebih tinggi daripada Jesus. Ada dua sebab utama. Pertama, Muhammad memainkan peranan yang lebih penting dalam membangunkan Islam berbanding Jesus ketika membangunkan agama Kristian. Walaupun Isa bertanggungjawab atas ajaran, etika dan moral utama Kristian (setakat ini berbeza daripada agama Yahudi) St Paul merupakan penggerak utama teologi kristian dan merupakan penulis sebahagian penjajian baru (New testament). Walau bagaimanapun Muhammad bertanggungjawab untuk kedua teologi Islam dan prinsip-prinsip utama etika dan moral. Selain itu, memainkan peranan utama dalam dakwah agama Islam dan membina amalan-amalan agama Islam. Beliau juga merupakan pengarang kitab suci Islam, Al Quran, koleksi wawasan tertentu Muhammad yang dipercaya telah diwahyukan kepadanya oleh Allah. Sebagai besar kata-kata ini disalin semasa hayat Muhammad dan dikumpulkan tidak lama selepas kematiannya. Oleh itu, Quran mewakili idea-idea Muhammad dan ajaran-ajaran yang melampaui kata-kata sebenar beliau. Tiada kompilasi terperinci ajaran Kristian yang kekal. Quran kepada Muslim  sama penting seperti Bible kepada Kristian, merupakan salah satu medium pengaruh Muhammad yang besar. Ini adalah berkemungkinan bahawa pengaruh Muhammad terhadap Islam lebih besar daripada pengaruh Jesus dan St Paul terhadap Kristian.

Pada peringkat agama, berkemungkinan Muhammad sama pengaruh seperti Jesus dalam sejarah manusia. Tambahan pula, Muhammad, tidak seperti Jesus, merupakan seorang pemimpin sekular dan pemimpin agama. Bahkan sebagai pendorong utama penaklukan Arab, beliau lebih layak diletakkan pada kedudukan sebagai pemimpin yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Dalam kebanyakan peristiwa sejarah, boleh dikatakan bahawa peristiwa-peristiwa tersebut tidak dapat dielakkan walaupun tiada pemimpin politik tertentu yang boleh memimpin mereka. Sebagai contoh, tanah jajahan Amerika selatan berkemungkinan boleh memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol walaupun tanpa Simon Bolivar tidak pernah ada. Tetapi ini tidak boleh dikatakan bagi penaklukan-penaklukan Arab. Tiada yang serupa berlaku sebelum kehadiran Muhammad dan tiada sebab dan alasan untuk mempercayai bahawa pembukaan akan tercapat tanpanya. Satu-satunya penaklukan yang setanding dalam sejarah manusia adalah oleh bangsa Mongul pada abad ke-13 adalah disebabkan oleh pengaruh Genghis Khan. Walaupun penaklukan ini lebih luas daripada penaklukan yang telah dilakukan oleh orang Arab, ianya tidak kekal dan kini wilayah yang hanya dihuni oleh Mongul adalah wilayah yang mereka miliki sebelum kedatangan Genghis Khan. Hal ini jauh berbeza dengan penaklukan bangsa Arab. Dari Iraq ke Maghribi, negara-negara Muslim tersebut bersatu bukan hanya pada Iman mereka terhadap Islam tetapi juga kerana oleh bahasa Arab, sejarah dan kebudayaan mereka.

Keutamaan Quran dalam agama Islam dan fakta bahawa ia ditulis dalam bahasa Arab mungkin telah mencegah bahasa Arab daripada diolah dan diubah yang dimana berkemungkinan boleh berlaku jikalau tiada fungsi Quran tersebut dalam jangka masa 13 abad. Perpecahan dan pembahagian antara negara-negara Arab wujud, tetapi perpecahan yang kecil ini tidak patut membutakan kita daripada unsur-unsur penyatuan yang tetap kekal sehingga kini. Sebagai contoh, baik Iran mahupun Indonesia, negara pengeluar minyak, negara Islam, bergabung dalam sekatan minyak pada musim sejuk tahun 1973-1974. Dan ia bukanlah satu kebetulan di mana seluruh negara Arab, dan hanya negara Arab, menyertai sekatan tersebut. Kita melihat bahawa penaklukan arab yang bermula pada abad ke 7 terus memainkan peranan penting dalam sejarah manusia sehingga kini. Disebabkan kombinasi pengaruh sekular dan agama, saya merasa bahawa Muhammad lebih layak dianggap sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia.

----------------------------------------------------------------------------------------------

The following is from Michael Hart's book and lists Prophet Muhammad as the most influential man in History. A Citadel Press Book, published by Carol Publishing Group. Ranking, list of 100 most influential persons in history:
  1.      Prophet Muhammad
  2.     Isaac Newton
  3.     Jesus Christ
  4.     Buddha
  5.     Confucius
  6.     St. Paul
  7.     Ts'ai Lun
  8.     Johann Gutenberg
  9.     Christopher Columbus
  10.      Albert Einstein
  11.      Karl Marx
  12.     Louis Pasteur
  13.     Galileo Galilei
  14.     Aristotle
  15.     Lenin
  16.     Moses
  17.     Charles Darwin
  18.     Shih Huang Ti
  19.     Augustus Caesar
  20.     Mao Tse-tung
  21.     Genghis Khan
  22.     Euclid
  23.     Martin Luther
  24.     Nicolaus Copernicus
  25.     James Watt
  26.     Constantine the Great
  27.     George Washington
  28.     Michael Faraday
  29.     James Clerk Maxwell
  30.     Orville Wright and Wilbur Wright
  31.     Antoine Laurent Lavoisier
  32.     Sigmund Freud
  33.     Alexander the Great
  34.     Napoleon Bonaparte
  35.     Adolf Hitler
  36.     William Shakespeare
  37.     Adam Smith
  38.     Thomas Edison
  39.     Anthony van Leeuwenhoek
  40.     Plato
  41.     Guglielmo Marconi
  42.     Ludwig van Beethoven
  43.     Werner Heisenberb
  44.     Alexander Graham Bell
  45.     Alexander Fleming
  46.     Simon Bolivar
  47.     Oliver Cromwell
  48.     John Locke
  49.     Michelangelo
  50.     Pope Urban II
  51.     Umar ibn al-Khattab
  52.     Asoka
  53.     St. Augustine
  54.     Max Planck
  55.     John Calvin
  56.     William T.G. Morton
  57.     William Harvey
  58.     Antoine Henri Becquerel
  59.     Gregor Mendel
  60.     Joseph Lister
  61.     Nikolaus August Otto
  62.     Louis Daguerre
  63.     Joseph Stalin
  64.     Rene Descartes
  65.     Julius Caesar
  66.     Francisco Pizarro
  67.     Hernando Cortes
  68.     Queen Isabella I
  69.     William the Conqueror
  70.     Thomas Jefferson
  71.     Jean-Jacques Rousseau
  72.     Edward Jenner
  73.     Wilhelm Conrad Rontgen
  74.     Hohann Sebastian Bach
  75.     Lao Tzu
  76.     Enrico Fermi
  77.     Thomas Malthus
  78.     Francis Bacon
  79.     Voltaire
  80.     John F. Kennedy
  81.     Gregory Pincus
  82.     Sui Wen Ti
  83.     Mani
  84.     Vasco da Gama
  85.     Charlemagne
  86.     Cyprus the Great
  87.     Leonhard Euler
  88.     Niccolo Machiavelli
  89.     Zoroaster
  90.     Menes
  91.     Peter the Great
  92.     Mencius
  93.     John Dalton
  94.     Homer
  95.     Queen Elizabeth
  96.     Justinian I
  97.     fJohannes Kepler
  98.     Pablo Picasso
  99.     Mahavira
  100.     Niels Bohr

Sumber : http://www.amaana.org/ismailim.html

18 February 2011

: : nothing to say~

assalamualaikum~
wahh . mmg lma dh sy x update blog ni . kdg2 nk jenguk pun x smpt . mklum lah , wifi disini x mngizinkn . trlalu slow . em , bab sibuk tu mgkin la sy trlalu sbuk dgn kuliah , sibuk dgn assigment ( mmg byk . tp tataw nk mula yg mna dlu ) , sibuk dgn sukan ipg , sibuk dgn brjalan sana sini nya ( bru pas p cameron ) , sibuk dgn mcm2 lah . smpai kn kdg2 tu krja lcturer bg pun x smpt nk siap kn . hehe . .



ok lah . dlm sibuk2 kita pun , kita kna igt bhw ad org lg sibuk dr kita . dan sibuk2 kita pun , jgn lupa kita nk bribadat . sbb ibadat tu pnting sbg kita yg bragama islam . andai kn kita abai kn , igt la yg kita telah pun mnempah azab kubur dan neraka  . firman Allah :
 Dan ( sungguh ngeri ) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan " sakratul-maut" ( ketika hendak putus nyawa ) , sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka ( memukul dan menyeksa orang-orang itu ) sambil berkata ( dengan menengking dan mengejek ) : " Keluarkanlah nyawa kamu ( dari tubuh kamu sendiri ) ; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina ( kamu ) sehina - hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula ( menolak dengan ) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya " . ( Surah Al-An‘aam : 6 ).

post kali ini sy tak taw apa nk dprkata kn . mgkin skdr renungan dan muhasabah diri brsama . oleh itu , brsabar wlau di timpa ujian yg berat . kita mgkin mrungut , tp dlm ksusahan ujian itu trselit hikmah dan kbaikan yg mna mgkin kita tak prsan dan mgkin juga kita akn ktahui nya pd msa yg ditntukan . firman Allah :
“Sungguh berbahagialah orang yang sabar dan mahu memaafkan, kerana perbuatan sebegitu  termasuk perbuatan-perbuatan yang sangat utama.” (QS. As Syura:43)


02 February 2011

: : jangan mengcouplekn diri~

COUPLE ITU HARAM ! ! !
suda tentu lah . couple tu mmg haram . ada yg tak puas hati ? ?
oh , jgn . . 
: : : : sedarkah kita , siapa diri kita , hanya insan bergelar manusia , sering alpa dan lupa , tidak sempurna jiwa dan raga , malah sering dipersenda . .
dimana saat paradigma diperkata , kesilapan sering menjelma , kesalahan dilakukan tidak kira siapa , malah tidak mngenal kepada siapa , sesama manusia , mahupun makhluk lain ciptaan-Nya . 
yang halal kian di lupa , yang haram makin menggila , tentu ramai yang tertanya-tanya , apakah hukum org yang bercouple ?
kita sering menilai segala dari sudut berbeza , bangga dan ego menusuk di jiwa , kegelapan mula bermaharajalela , dimanakah penguasaan cahaya . 
ingat lah seketika , apabila anda berdua , akan ada orang ketiga . bermula dengan berpandangan mata . kemudian mulalah brcengkerama . 
uh ! apakah daya , ku mohon agar tidak ke lembah bahaya ,  ampun taubat dan maaf dipinta , kepada tuhan dan juga manusia , agar hidup lebih bermakna , didunia mahupun di perhitungan neraca , kerana yang berkuasa hanya Allah Yg Maha Esa . . .

        
    Sebelum tu , msti ada yang berkata Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan , lelaki dan perempuan , mengapa dan sbb apa tidak boleh bercinta atau ber’couple’ ?  oh ,  yang tu memang tidak dinafikan , dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui .” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

      meskipun mcm tu , ayat2 ni tak mnjelaskan yang kita boleh bercouple atau mngadakan prhubungan brkasih2 antara laki2 ngn pmpuan . x ada kan . kan . kan . lagi banyak larangan ada lah . sbb nya , semua bermula dgn mata . Firman Allah , “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30 . ayat ni mnjelaskan yg kita kena lah jaga pndangan dari melihat bnda2 yang trlarang . lagi2 mmndang wanita yang bukan mhram sbb nya utk mnjaga nafsu . yang ni dituju khas wat kaum adam atau lelaki .

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman , “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31 . Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 . itu pun kalau ada pmbaca yg mngmbil subjek ni lah .  Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan kasih2 dan couple mngcouple ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita . Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab ,”Kami tidak berzina . Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je .” Dan pelbagai 1000001 alasan lagi la . Para pembaca , sila teliti firman Allah tadi . Dalam ayat ini , Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan) . Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM ! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran . Bagaimana pula dengan hadis rasul kita , Nabi muhammad S.A.W. ? Dalam hadis , baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina . Daripada Abu Hurairah r.a katanya , Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina . Tidak mustahil dia pernah melakukannya . Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat , sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti .”*     Hadis kedua ; Daripada Abu Hurairah r.a. , dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan . Tidak mustahil dia pernah melakukannya . Dua mata , zinanya memandang . Dua telinga , zinanya mendengar . Lidah , zinanya berkata . Tangan , zinanya memukul . Kaki , zinanya melangkah . Hati , zinanya ingin dan rindu , sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti .”  ** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam , iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram . *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina . Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja , menatapi wajahnya , dan sebagainy a, zina mata berlak u. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis , untuk memenangi hati Si Dia , membuatkan Si Dia tertarik kepada kita , lidah berzina . Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya , telinga berzina . Apabila berpegangan tangan , berjalan bersama ke arah menghampiri zina , tangan dan kaki berzina . Tetapi, yang paling bahaya ialah , apabila kita merindui Si Dia , memikirkan-mikirkan tentangnya , keacantinkannya , ketampanannya , kemachoannya , sifat penyanyangnya , betapa kecintaannya kepada kita , zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera , hati boleh berzina . Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan , percakapan , pendengaran dan perasaan . Sudah terang lagikan bersuluh , percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


dapat disimpulkan bahawa couple tu adalah mnghampiri zina . mnghampiri zina pulak adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM .  sbb tu , jangan bermain dengan bahaya . Iblis  dan syaitan akan memerangkap kita . Sudah  banyak tipu daya  iblis yang mengena sasaran . Iblis  amat berpengalaman  dan tipu dayanya amat halus . Ia  telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa . Jangan pula lupa . Siapalah  kita berbanding  Adam dan Hawa ? Ia  ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W. : “ Janganlah engkau bersendirian  dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan .” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis .

       

01 February 2011

Luqmanul Hakim : Model tarbiyyah Islam yang unggul


Apabila menyebut tentang soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar. 


Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah: 


  • Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
  • Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
  • Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
  • Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
  • Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
  • Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
  • Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi. 

AQIDAH 

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam. 

Firman Allah yang bermaksud:"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi. 

Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanannya? 

Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. 

Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa: 

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku). 

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur." 

Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat." 

Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal. 


SOLAT 

Firman Allah bermaksud: 

"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). 

Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "

Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." 

Solat yang dikehendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. 
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah SWT.

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan. 



BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA
  
Firman Allah yang bermaksud: 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41) 

Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam pendidikan Islam. 

Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya. 

SABAR 

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat. 


JANGAN SOMBONG 
  
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan. 


KESEDERHANAAN 

Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia. 


DAKWAH
  
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 
Firman Allah bermaksud: 

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104). 

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...