Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

30 November 2010

Nasihat al Qamah: Lima cara pilih sahabat


nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al‑Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


  • Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung‑hitungkan (menyebutnya).
  • Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  • Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.





Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama‑sama sahabat yang mulia.


29 November 2010

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

inilah lumrah alam , lumrah dunia , dan jgak lumrah manusia . sering kali kita merungut bila mana kita telah ditemukan dengan orang yg salah . kita x sedaq yg mna setiap perkara tu ad hikmah nya  dan itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang . .
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara , fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

28 November 2010

adab ketika menjahit ? ?

wanita dan jahitan sememang nya lah tak dapat dipisah kn . tapi zaman skg ni , mnjahit pun dah sinonim dgn lelaki . jgn wat2 x taw plah naa . n jgn wat2 tataw plak yg jahit ni pun ad adab nya . hgpa baca ja lah adab nya ya .




  • gunakan benang yg sesuai dgn pakaian yg hendak dijahit . dan jgn lah sekali-kali mnggunakan benang jala untuk mnjahit.
  • tidak dibenarkan sama sekali mnjahit di dalam kolam renang mahupun di tempat2 yang melanggar norma seperti dalam public phone , tepi traffic light , dlm reban ayam , atas bumbung rumah n sbgai nya lah .
  • masukkan benang kedalam cincin jarum sebelum mnjahit kerana klau hgpa x masukkn benang  dlm jarum tu , baek x yah mnjahit .
  • jangan sekali-kali guna jarum peniti utk mnjahit pakaian untuk mengelak kan diri hgpa kena lepuk oleh mak-mak kesayangan hgpa .
  • jika hgpa mggunakan mesin utk mnjahit , jgn gunakan mesin rumput mahu pun mesingan utk mnjahit kerana itu bukan lah mesin utk mnjahit.
  • jika hgpa mggunakn tubuh bdn yg dberikan oleh tuhan utk mnjahit , jgn gunakan kaki , gunakan cuping telinga mahupun medula oblongata utk mnjahit pakaian tu .
  • jgn sekali-kali p jampi serapah mahu pun brjumpa mana-mana bomoh utk memasukkan benang dlm jarum tu . kerja senang pun nk p jmpa bomoh ka ?
em , sbnaq nya byk ag adab-adab nk mnjahit ni . x larat nk sebut suma . hope yg ni dpt la hgpa baca , n hayati sepenuhnya naa . 

27 November 2010

kata-kata pujangga 4~~

  • Kata-kata Pujangga: “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.”
  • Kata-kata Pujangga: “Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit.”
  • Kata-kata Pujangga: “Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangankau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!”
  •  Kata-kata Pujangga: “Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam,walaupun lautan itu tidak bergelora.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia yang berakalsentiasa memikirkan perkara yang berfaedah.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?” 
  • Kata-kata Pujangga: “Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.”
  •  Kata-kata Pujangga: “Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat”
  • Kata-kata Pujangga: “Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.”
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang merekamiliki.”
  • Kata-kata Pujangga: “Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.”
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.” 
  • Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALASadalah racun yang sangat berbisa.”
  •  “Do what you can with what you have right whereyou are.” - Henry Truman.
  • Kata-kata Pujangga: “Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya.” Berkata seorang Ahli Sufi : “Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya.” 
  • It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary 
  • Kata-kata Pujangga: ” Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yangboleh menghalangnya berdoa?” 
  • Berkata Ar-Rumi: “Manusia dilahirkan dengankemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kemenangan bermula dari dalam diri.” 
  • Ibnu Mu’taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidupwalaupun ia telah mati. 
  • Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia dilahirkan sebagai seorangjuara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidakbangun semula.”
  • Berkata Abu Sulaiman: “Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra.”

Makna bacaan dalam solat

telah diwajibkan keatas kita utk kita solat 5 waktu sehari semalam . maka sudah tntu lah solat tu wajib kita tunai kn . tetapi kita hanya solat tanpa mengetahui akn mkna yg kita baca dlm solat . oleh tu , post kali akan di hurai kn mkna yg kita baca dalam solat .



Allah Maha Besar



Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk 
Maha SuciTuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku , aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami . kedua  ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" amin...

26 November 2010

sahabat~



Ya Allah ...






Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.







Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia agar mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat .

Allah Akan Menggantikan Dengan Yang Lebih Baik

post nih bukan la nk  bceritera tentang apa-apa . tapi sering kali kita mengeluh bila mana kita kehilangan apa2 ja . kita kena la igt . Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila kita kena lah bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

“Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” (Al-Hadith)

“Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” ( Al-Hadith)

Yakni barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujaan). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka kta tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa kita , sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para wali yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:

“Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar- Ra’d:24)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan itu, kita akan termasuk:

“ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia kan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagaipetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai suatu yang gelap gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan ‘surat ketetapan’ yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:

“ ..lalu dirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafik) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka). (Alhadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

post nih bukan la nk  bceritera tentang apa-apa . tapi sering kali kita mengeluh bila mana kita kehilangan apa2 ja . kita kena la igt . Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila kita kena lah bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

“Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” (Al-Hadith)

“Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.” ( Al-Hadith)

Yakni barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujaan). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka kta tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa kita , sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para wali yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:

“Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar- Ra’d:24)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan itu, kita akan termasuk:

“ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia kan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagaipetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai suatu yang gelap gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan ‘surat ketetapan’ yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:

“ ..lalu dirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafik) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka). (Alhadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

24 November 2010

kisah yang mungkin nyata~

 BACALAH UNTUK DIAMBIL IKTIBAR DAN MUHASABAH DIRI


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat . Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat . Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku...... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... . tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... . Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... . masaku telah terlewat.... aku
sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.

: : jika dibei peluang kedua , apa patut yg hangpa wat . ?

: : jika dibei peluang kedua , apa patut yg hangpa wat . ?

Answer here

23 November 2010

10 Wasiat Hassan Al-Banna

1)   Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat diawalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)  Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu

berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3)  Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...

Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit!!!

4)  Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya!!!

5)  Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu

banyak ketawa bodoh, hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aritotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. Supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6)  Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan!!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)  Wahai kawanku, kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah diantara keduanya.

8)  Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie:

*   untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

*   untuk menghapuskan kemungkaran

*   kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

*   kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)  Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat

datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)  Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud: "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..). Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya..

YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI KAMI DI DALAM PANJI AGAMA ISLAM DAN KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI. KUPOHON PADAMU YANG MAHA PENGASIH, JANGAN KAU PALINGKAN HATI KAMI SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR KEPADA KAMI. MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU...AMIN...

21 November 2010

kata-kata pujangga 3~~

kali ni , post yg ke 3 utk kata2 pujangga . mlas da nk pkir byk2 . (konon nya lah . ) haha . 

  • Kata-kata Pujangga: “Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”
  • Kata-kata Pujangga: “Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.”
  • Kata-kata Pujangga: “Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima danmeminta nasihat daripada orang lain.”
  • Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah keputusan diri sendiri.”
  • Kata-kata Pujangga: “Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.” 
  • Kata-kata pujangga: “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup inibukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilaimahalnya setitis air mata.” (Kiriman seorang kawan)
  • Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki.”
  • Kata-kata Pujangga: “Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi” 
  • Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui.” 
  • Kata-kata Pujangga: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.” - Nur Kasih

lirik lagu bila cinta-ost lagenda budak setan .

teringat plak kt lagu ni . n teringat plak tyme wat movie lagenda budak mktb . kononnya nk tiru mcm lagenda budak setan . ( hmpeh ad la ) . haha .



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi
Tinggalkan ku

*Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

*Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

ku sebut nama mu
di setiap doaku
bangkitkan setia
kenangan tentangmu
yang ku dapat
hanyalah bayangmu

(ulang *)
dalam harapan
dalam harapan

20 November 2010

kata-kata pujangga 2~~


er , ni post ke2 pasai kata2 pujangga . bowink2 , post ja la . haha .


  • Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”
  • Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat duniayang mengiurkan.
  • Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
  • Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”
  • Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.” 
  • Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”
  • Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian didalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”
  • Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”
  • Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”
  • Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya merekayang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.” 
  • Kata-kata Pujangga: “Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”

    apit-luahan hati~

    ni la lagu yg layan perasaan . ( persan pun ad . haha ) . slalu duk dgq lagu ni . sama2 la kita dgq naa .
    ni lah apit .



    tgk video tu taw .



    Pertama kali ku bertemu denganmu
    Sayunya hatiku merindui dirimu
    Walaupun baru kita bersua muka
    Namun aku telah jatuh cinta

    Pertama kali ku bertemu denganmu
    Hatiku terpaut melihat senyumanmu
    Aku mengharap engkau menerimaku
    Kerna aku bersedia menyintaimu

    C/O:
    Akan ku renang lautan yang berapi
    Membuktikan kehebatannya cinta ini
    Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
    Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
    Menangis tk berlagu...
    Ohhh...
    Biarpun ombak yang merubah pantai
    Kasihku tk akan hancur berderai
    Biarpun hari berganti hari...
    Dirimu tetap ku nanti...

    Ohhh...
    Sayangku pimpinkan tanganmu
    Menuju mahligai bahgia
    Kita bersama nikmati kisah cinta
    Hidup bagaikan di syurga...

    Oh kasih...

    18 November 2010

    kata-kata pujangga~~

    • Kata-kata Pujangga:”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”
    • Kata seorang sahabat: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”
    • Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”
    • Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlakuhari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
    • Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
    • Kata-kata Pujangga: “Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata- mata, kadang-kala kejian juga.”
    • Kata-kata Pujangga: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.”
    • Kata-kata Pujangga: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.” 
    • Kata-kata Pujangga: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”
    •  Kata-kata Pujangga: “Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.”
    •  Kata-kata Pujangga: “Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.” Saya minat dengan kata-kata ni: “Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik.”
    • Kata-kata Pujangga: “Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.”
    • Kata-kata Pujangga: “Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”
    • Kata-kata Pujangga: “Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.”
    • Kata-kata Pujangga: “Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

    Hikmah Bersabar

    Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa. Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak hikmahnya.

    Pertama, dapat mengelakkan daripada penyakit. Jika kita tidak sabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana ia telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai maka kita pun tidak sabar dengan terus bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.

    Kedua, dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat sikap kita yang sentiasa bersabar menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan mereka ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.

    Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.

    Keempat, amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas itu barulah kita merasakannya.

    Kelima, kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita. Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu bersabar.

    Walaupun pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang kita alami.

    12 November 2010

    Lirik Insha Allah – Maher Zain

    boring2 ni , ustad nk kongsi sikit lirik lagu yg memang gempak skg ni . sedap ja telinga dgaq . lirik lagu maher zain=insha Allah ~~

    Every time you feel like you cannot go on
    You feel so lost and that you’re so alone
    All you see is night
    And darkness all around
    You feel so helpless you can’t see which way to go
    Don’t despair and never loose hope
    Coz Allah is always by your side
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    You’ll find your way
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    You’ll find your way
    Every time you commit one more mistake
    You feel you can’t repent
    And that it’s way too late
    You’re so confuse
    Wrong decisions you have made
    Haunt your mind and your heart is full of shame
    Don’t despair and never loose hope
    Coz Allah is always by your side
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    You’ll find your way
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    You’ll find your way
    Turn to Allah
    He’s never far away
    Put your trust in Him
    Raise your hands and pray
    Oohh Ya Allah
    Guide my steps don’t let me go astray
    You’re the only one who can show me the way
    Show me the way
    Show me the way
    Show me the way
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    We’ll find our way
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    We’ll find our way
    Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
    You’ll find your way

    10 November 2010

    hutang oh hutang~~

               post kali ni ustad nk cerita sikit bab HUTANG. hutang adalah amalan yang agak sukar dihindari oleh sesetengah orang. Hal ini kerana mereka beranggapan hanya dengan berhutang segala keperluan hidup akan tercapai. Sesetengahnya pula berhutang demi menjaga kedudukan dan nama. Islam tidak melarang umatnya berhutang. Bagaimanapun, Islam tidak menggalakkannya, lebih-lebih lagi apabila hutang itu menjadi satu bebanan ketika hendak dilunaskan. Jika terpaksa berhutang hendaklah dia berazam dan berniat untuk membayar hutangnya.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan menunaikan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata yang bermaksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah ketika hidup dan selepas mati. Ya Allah. Aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang berkata kepada Rasulullah: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jahsy bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya : “Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, ia tetap tidak akan dapat masuk syurga, selagi hutangnya belum dibayar.” (Hadis riwayat al-Nasa'ie)

    Sebenarnya tanggungjawab mem-bayar hutang terpikul di bahu orang yang berhutang. Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun seseorang yang berhutang itu meninggal dunia.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, “Pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang itu ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya. Sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Selepas Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menakluk negeri, baginda bersabda. Aku lebih berhak terhadap orang mukmin daripada pada diri mereka sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mati meninggalkan hutang, maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Oleh sebab itu, awal-awal lagi Islam meletakkan beberapa syarat terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

    Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (jumlah hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana yang diajarkan oleh Allah. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu ***** atau lemah atau dia sendiri tidak mampu merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki di kalangan kamu. Kemudian jika tiada dua orang saksi lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Saksi itu janganlah pula enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada yang kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.” (Surah al-Baqarah ayat 282)

    Adapun orang yang berhutang tetapi enggan membayar hutangnya, sedangkan mereka mampu untuk membayarnya adalah mereka termasuk dalam golongan yang memakan harta milik orang lain secara batil.

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang Muslim yang mati dan meninggalkan hutang akan dikenakan hukum qisas pada hari kiamat kelak, kecuali pada tiga perkara iaitu pertama, orang tidak mempunyai kekuatan kerana hendak memperjuangkan agama Allah kemudian dia berhutang untuk menghimpunkan kekuatan bagi menghadapi musuh Allah dan musuhnya sendiri. Kedua, orang yang mengunjungi jenazah seorang Muslim dan dia mendapati mereka tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah itu kecuali dengan berhutang dan ketiga, lelaki yang sudah lama membujang yang ditakuti dirinya tidak terpelihara daripada perbuatan maksiat, maka dia berhutang untuk berkahwin demi memelihara agama.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

    Menurut hadis di atas, Allah akan membayar (menunaikan) hutang mereka pada hari kiamat kelak.

    Hutang perlu dijelaskan segera. Sesiapa yang tidak menghiraukan hutangnya sehingga menyebabkan ia tertangguh terlalu lama dengan memberikan pelbagai alasan akan menyebabkan kesusahan kepada pemberi hutang.

    Hal ini juga merenggangkan hubungan kedua-dua belah pihak. Melengah-lengahkan membayar hutang, sedangkan kemampuan untuk membayar hutang itu ada, adalah satu kezaliman.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Oleh itu, hindarilah perbuatan suka berhutang kerana ia bukan saja merosakkan kebahagiaan dan keharmonian hidup, malah membawa keburukan kepada diri sendiri.

    06 November 2010

    kisah mengenai dajal~~

                          Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

                    Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

                    Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

                    Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

                    Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

                    Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

                    Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                    Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                    “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                    “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                    Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

    KEISTIMEWAAN DAJAL

                    Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                    Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                    Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                    Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                    Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

                   Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

                   Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

    

    BILA DAJAL DILAHIRKAN

    Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

    Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

    Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

    Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

    Tamim: Siapakah kamu?

    Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

    Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

    Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

    Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

    Tamim: Ya.

    Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

    Tamim: Airnya banyak lagi.

    Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

    Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

    Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

    Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

    Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

    DAJAL TINGGAL DI MANA?

                    Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                    Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

                    Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                    Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                    “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                    Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                    Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                    Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                    Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

    (Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

    Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
    Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

    05 November 2010

    What the hell is shisha?

    What the hell is shisha?

     Most used

    Sebenarnya, shisha ni ada banyak di jual kat kedai-kedai makan yang tidak berstatus restora. Shisha ni kiranya macam ganja arab lah bentuk dia. Dah macam bong dah panjang dia. Menggunakan arang tembakau sebagai bahan bakar dan sirap pekat sebagai perasa. (macam oren Sundquist atau rebina yang kena bancuh tu.)

    Nama lain bagi shisha adalah hookah, sheesha, shisa, okka, kalyan, ghelyoon dan ghelyan. 

    Kenapa shisha best dan sedap?
    Dari apa yang ustad tengok lah kan, ramai suka shisha sebab shisha ada asap banyak. Macam feel je sedut, then hembus. Sekali hebus, berkepul-kepol asap keluar. Dah macam asap fogging bunuh nyamuk denggi dari rumah ke rumah dah. Memang perh. Memang stylo. Lagi satu, shisha ni ada banyak jenis perasa. Ada perisa anggur, epal, watermelon, strawberry. Dan yang bestnya, kebanyakkan perisa adalah mints. Kira macam hisap Dunhill menthol lah kononya. Dan perisa boleh di campur-campur.

    Pastu, biasanya, yang pergi shisha ni akan pergi ramai-ramai. Dieorang akan share-share satu shisha tu ramai-ramai. Satu shisha boleh adalah dalam 10-12 ringgit. Oh, ya satu session shisha, boleh cecah satu jam. So, memang jauh lagi lama lah dari rokok. Memang puas.

    Satu lagi sebab shisha tu sedap adalah sebab shisha bahaya untuk kesihatan. Biasalah, benda-benda bahaya memang sedap kan?

    Kenapa shisha bahaya untuk kesihatan?

     Smoke looks good only in pictures.

    Shisha menggunakan tembakau yang di peram. Which is lagi bahaya. Dan juga arang. Arang adalah antara benda yang boleh trigger cancers. Sama macam makanan yang korang tak reti masak lah. Korang masak ayam, pastu hangus hitam. Korang makan juga hangus tu tanpa korang tahu yang hangus tu adalah amat berbahaya untuk diri anda yang boleh trigger cancers. Bab-bab tak pandai memasak ni mesti perempuan.

    Macam rokok juga, shisha pun ada toksin yang tertentu. Dan air dalam shisha tak boleh tapis toksin-toksin yang ada.

    Asap shisha memang banyak. Memang cool kalau tengok. Kalau semua hisap masa tengah malam yang hening dan sejuk, memang dah boleh berangan duduk di tempat sejuk dan asap tu dah boleh jadi macam kabus dah. Serious asap shisha banyak gila. Tapi asap shisha ada banyak benda-benda yang sedap yang ramai tak tahu. Contohnya, tar, carbon oxide, zink, nikotin dan carcinogen. Ya, carcinogen antara bahan yang paling sedap sebab dia boleh trigger sel kanser.

    Penyakit yang boleh di hidapi oleh kaki shisha
    Macam yang ustad cakap kat atas-atas tadi, penyakit yang korang paling tak nak kena adalah kanser. Then bagi lelaki, penyakit yang korang memang tak nak kena adalah kemandulan dan kegagalan 'barang' (Denver) anda untuk berfungsi. Memang tak payah jadi lelaki lah kalau Denver korang tak berfungsi.

    Penyakit lain adalah sakit jantung dan stroke. Semuanya di sebabkan nicotine.

    Dan penyakit lain adalah emphysema yang boleh membawak kepada pneumonia yang bila dah sampai satu tahap, korang tak boleh di ubati dan hanya hidup menggunakan tiub udara di sebabkan masalah di dalam paru-paru dalam kes nak terima oksigen.

    Dan satu lagi, kes sharing is caring. Kalau korang hisap shisha kat kedai-kedai, agak-agak, dia basuh cuci-cuci tak pipe penyedut shisha tu?

    So, bagi yang kata hisap shisha sebab tak nak hisap rokok yang rokok tu lagi bahaya, memang silap. Macam yang aku cakap tadi, shisha adalah 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok biasa. So, aku tak faham, mana datangnya isu hisap shisha lagi menyihatkan.

    Jangan hisap shisha, jangan hisap rokok. Banyak lagi benda sedap yang korang boleh hisap. Choki-choki misalnya.

    er , sbnr nye ustad copy je bnda alah ni . hehe . untuk bacaan bersama . 

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...