Dragonball Online Mouse Pointer Blue

Pages

Followers

30 October 2010

Kasih Dan Cinta Dalam Islam



“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”

______________________________________

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan. Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.

29 October 2010

Ketenangan Bagi Jiwa Yang Resah

syukur Alhamdulillah pada kali ini ustad nk bermadah sikit la . x banyak pun . sekadar mengisi masa lapang je . hehe . post kali ini lebih tertumpu pada mengubat jiwa yang resah . selalu je bile nak cari ketenangan , mesti kene cari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks . tu sume adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.

Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.

sedangkan solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti dan kompom-kompom nye lah lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat sebab nye solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

sekarang ustaz nk cerita la skit . Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”
Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

28 October 2010

ADAB-ADAB BELAJAR

kita sebagai pelajaq , sering kali mengabaikan adab-adab belajar . ni ada la sikit antara2 adab nk blajaq .

ADAB-ADAB BELAJAR




1.     Seseorang pelajar hendaklah mempunyai sifat-sifat mahmudah iaitu mensucikan hati lahiriah dan batiniah daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu pengetahuan pula adalah ibadat batin mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi untuk mengesahkan ibadat batin ini, terpaksalah hati yang bertindak sebagai wadah (bekas) dicuci terlebih dahulu, agar ilmu pengetahuan itu suci daripada sifat-sifat tercela.


2.     Hendaklah seorang pelajar mentaati segala tunjuk ajar guru dan meninggalkan pendapat diri sendiri.


3.     Hendaklah seorang pelajar rajin bertanya kepada guru tetapi mengenai persoalannya yang dalam ruang lingkup yang diizinkan oleh gurunya.


4.     Pada peringkat permulaan, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada mendengar pertentangan pendapat, iaitu daripada banyak guru, sama ada ilmu keduniaan atau akhirat.


5.   Seorang pelajar itu hendaklah mempelajari semua mata pelajaran, jangan meninggalkan sebahagian yang lain kerana hanya mahukan maksud tertentu dan mata pelajaran yang diambilnya itu. Jika umur pelajar itu panjang, pelajarilah pula ilmu pelajaran itu secara mendalam. Jika dirasakan telah tua dan mungkin tidak sempat, maka pelajarilah bahagian yang lebih penting dan utama,seperti ilmu Fardhu Ain. Pelajar hendaklah mengetahui bahawa ilmu yang paling utama ialah “mengenal Allah Ta’ala”.

salam perkenalan.

Assalamualaikum menemukan kata . singgah sebentar untuk berbicara . ampun maaf jika terkasar bahasa . agar hidup aman sejahtera .


permulaan bicara kami mohon agar sentiasa diberkati dan dirahmati.
                   “Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (indah memesona), dan Allah  menjadikan kalian sebagai khalifah (penghuni) di atasnya, kemudian Allah  memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita, kerana sesungguhnya awal fitnah (kehancuran) Bani Israil dari kaum wanita.” (HR. Muslim, dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...